15 Fakta Menarik Sempena Ulang Tahun Mozilla yang ke-15!

Tahukah anda? Mozilla akan meraikan Ulang Tahun yang ke-15 pada 31 Mac ini sejak ia dilancarkan di Netscape pada 31 Mac 1998.

Kami akan kongsi 15 fakta menarik sempena Ulang Tahun Mozilla yang ke-15 buat tatapan anda!

 

moz15_blog_id_620x350

 

[1] Projek Mozilla telah dilancarkan di Netscape pada 31 Mac 1998, untuk memberikan pilihan kepada para pengguna dan memacu inovasi pada web.

[2] Berbangga sebagai non-profit atau tanpa keuntungan, Mozilla menghasilkan produk seperti Firefox untuk mengekalkan kuasa Web di tangan pengguna di mana sahaja.

[3] Lebih daripada 10,000 orang penyumbang telah menzahirkan sokongan mereka ke atas misi kami dengan membayar semuka iklan penuh dalam The New York Times pada hari pertama Firefox 1.0 dilancarkan pada 2004.

[4] Hari ini Mozilla mempunyai penyumbang dari setiap benua, termasuk Antartika (Firefox digunakan oleh 80% pengguna).

[5] Add-Ons Firefox membolehkan anda untuk menyesuaikan dan mengawal pengalaman Web anda. Sehingga kini lebih dari 3 billion add-ons sudah dimuat turun oleh pengguna!

[6] Mozilla mendahului privasi dalam talian dengan inovasi pelayar seperti Do Not Track dan Collusion yang memberi pengguna kuasa penuh untuk mengawal data peribadi mereka.

[7] Komuniti global kami telah membantu penterjemahan Firefox kepada 89 bahasa, menjadikan ia tersedia kepada lebih daripada 95% populasi penduduk dunia.

[8] Pada 2008, 8,002,530 orang telah memilih Firefox dalam masa sehari untuk mencipta sebuah Guinness World Record untuk “Aplikasi Perisian yang Paling Kerap Dimuat turun dalam Tempoh 24jam.”

[9] Festival Mozilla adalah acara tahunan terbesar kami yang mengumpulkan ratusan pemikir kreatif untuk merealisasik kuasa penuh dan potensi Web.

[10] Mozilla Webmaker berusaha untuk mencipta planet yang lebih celik Web, menyediakan alatan dan projek-projek untuk memberi anda lebih kawalan ke atas kehidupan dalam talian.

[11] Program Mozilla WebFWD membantu para inovasi sumber terbuka dan usahawan untuk mencipta produk dan penyelesaian bagi memperkasa pengguna ke arah kemajuan Web.

[12] Mozilla Developer Network adalah sumber Web yang didasari oleh komuniti yang menyediakan dokumentasi terbaik, tutorial dan alatan untuk lebih 2 juta pengunjung setiap bulan.

[13] Mozilla berusaha untuk menjaga dan memelihara Web sebagai sebuah sumber perkongsian awam bagi kesejahteraan orang ramai.

[14] Pada 2013, Mozilla melancarkan Firefox OS untuk melancarkan kuasa penuh Web pada telefon pintar dan sekali lagi menawarkan kawalan dan pilihan untuk generasi baru dalam talian.

[15] Pencapaian yang dikecapi Mozilla adalah berikutan daripada sokongan oleh puluhan ribu penyumbang dan sukarelawan yang percaya bahawa Web harus kekal terbuka dan tercapai oleh semua orang.

Sebagai tanda sokongan anda, sertai acara sambutan kami di facebook ini – https://www.facebook.com/events/513350885379237/

Selamat Hari Ulang Tahun Mozilla yang ke 15!

No responses yet

Post a comment

  1. Marhamah wrote on ::

    oh selang tiga hari saja dari tarikh hari jadi anak saya.. Senang ingat ini

    Reply

Post Your Comment