An error occurred. Please try again later.

Sekiranya error di atas pernah terjadi kepada anda, maka ini adalah solusi untuk anda mengatasi permasalahan tersebut.

Hal ini kerap berlaku kepada pengguna Firefox yang mempunya Adobe Flash 11.3 dan Real Player terpasang dalam komputer mereka.

Baru-baru ini seorang pengguna, Shahputra, telah memanjangkan persoalan ini di Facebook Group Mozilla Malaysia Community  dan hasil kerjasama beliau, kami telah berjaya menjalankan troubleshooting dan berjaya keluar dari kebuntuan error ini.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, berikut antara perkara yang perlu dilakukan:

  1. Lancarkan Firefox anda, dan taipkan about:plugins di URL bar Firefox anda
  2. Semak versi Flash Player dan Real Player yang sedia terpasang
  3. Pastikan versi Flash Player anda adalah 11.3 atau lebih
  4. Pastikan versi Real Player anda adalah 15.0.6.14 atau lebih
  5. Kebiasaannya error ini diakibatkan oleh versi Real Player yang sedia terpasang adalah tidak di versi terkini. Oleh itu, update Real Player anda kepada versi terkini. Real Player boleh di muat turun di sini: http://my.real.com/
  6. Setelah selesai pemasangan Real Player versi terkini, restart Firefox anda
  7. Tiada langkah ke 7 :)

Untuk pengetahuan anda, Mozilla turut menyediakan portal untuk menyemak versi plugin yang telah sedia terpasang dalam Firefox/komputer anda. Ia umpama jalan pintas bagi langkah 1 hingga langkah 4 bagi cadangan di atas. Untuk membuat semakan melalui portal yang dimaksudkan, anda hanya perlu untuk melayari: http://www.mozilla.org/en-US/plugincheck/

Mudah dan praktikal kan?

Terima kasih ;)

 

P/S: Seorang lagi komuniti Mozilla Malaysia di laman Facebook, Haryati,  telah mencuba solusi ini dah beliau telah mengesahkan erro tersebut berjaya diselesaikan dengan mengupdate versi Real Player yang sedia terpasang.

 

Rujukan: https://support.mozilla.org/en-US/kb/flash-113-doesnt-load-video-firefox

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment