Firefox – 4 Tahun Melindungi Keselamatan Pengguna

Tahukan anda, Firefox 3 telah dilancarkan pada 13 Jun 2008 (aku baru tamat pengajian masa tu). Selain merupakan versi yang paling paling lama dikekalkan (termasuk versi 3.5 dan 3.6), Firefox 3 juga mendatangkan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi para penggunanya.

Tentu pernah ada di antara anda yang dipaparkan amaran dan skrin berwarna merah, apabila melawati sesuatu laman web.

Paparan amaran di atas adalah hasil inisiatif Google (Google Safebrowsing API) dan Mozilla. Google Safebrowsing telah diintegrasikan ke dalam Firefox sejak versi Firefox 3. Integrasi ini membolehkan pengguna Mozilla Firefox terlindung dari ancaman siber berupa phishing dan malware.

Google Safebrowsing berfungsi dengan menyenarai hitam URL yang terlibat dalam aktiviti phishing dan malware, kemudian URL tersebut di-hash-kan, dan kemudian hash tersebut disebarkan kepada pelayan yang menggunakan API tersebut. Pelayan yang mendapati URL yang diakses pengguna merupakan salah satu URL yang disenarai hitam, akan menghalang capaian tersebut dan digantikan dengan paparan amaran seperti gambar di atas.

Anda rasa lebih selamat dengan perkhidmatan ini? Sebarkan rasa cinta terhadap Mozilla kepada rakan-rakan anda :)

Challow..

 

P/S: Nanti aku akan kongsikan teknik perlindungan dari phishing dengan cara-cara lain pula…

 

Rujukan:

  1. http://www.mozilla.org/en-US/firefox/phishing-protection/
  2. https://developers.google.com/safe-browsing/
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Firefox_3

No responses yet

Post a comment

  1. anon wrote on :

    owh dari google safebrowsing.. Aku igt mmg firefox punya… Ko story la pulak pasal dontphishme.. Made in malaysia tu..

    Reply

    1. ni mus wrote on ::

      ya betoi tuh

      Reply

Post Your Comment