Firefox Memberikan Anda Lebih Kawalan Privasi

Firefox diperbaharui dengan satu peningkatan baru iaitu anda boleh membuka tetingkap peribadi baru dan memulakan sesi tertutup atau “private” tanpa mengubah atau mengganggu sesi semasa. Anda boleh membeli-belah untuk hadiah hari jadi dalam sebuah tetingkap tertutup tanpa perlu menutup sesi semasa anda . Selain itu, anda boleh mengakses lebih daripada satu akaun e-mel dalam dua tetingkap yang berbeza secara serentak. Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa Firefox versi Android juga menyokong pelayaran peribadi pada setiap tab yang dibuka. Firefox untuk Android membenarkan anda menukar dari satu tab ke tab yang lain di antara tab peribadi dan tab standard dalam satu sesi yang sama.

Firefox kini dilengkapi dengan toolbar Download Manager, supaya anda boleh mengurus dan mengenalpasti fail yang sudah dimuat turun tanpa perlu mengubah tetingkap pelayar. Download Manager yang baharu ini menjadikan proses memuat turun fail lebih mudah. Firefox untuk Android membolehkan anda untuk menyesuaikan pintasan pada skrin utama dengan laman kegemaran yang ditandakan sebagai “favourite” atau laman yang kerap dikunjungi, supaya mereka sentiasa berada di hujung jari.

Video Download Manager:

http://www.youtube.com/watch?v=0iJO9iF3MKE

Firefox untuk Android menambah sokongan untuk peranti tambahan yang menggunakan pemproses kurang berkuasa seperti pemproses ARMv6. Ini termasuklah telefon pintar yang popular seperti Samsung Galaxy Next, HTC Aria, HTC Legend, Samsung Dart, Samsung Galaxy Pop dan Samsung Galaxy Q. Dalam bulan September, Mozilla mensasarkan untuk menambah sokongan bagi peranti ARMv6 untuk memberikan pengalaman pelayaran Web yang hebat kepada lebih ramai pengguna. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa sehingga kini Mozilla telah berjaya memberikan pengalaman pelayaran Web yang lebih baik kepada hampir 50 juta telefon pintar.

Bagi para pembangun, Firefox dilengkapi dengan getUserMedia iaitu sebahagian penting daripada spesifikasi WebRTC. Ia membolehkan pembangun untuk menulis kod yang boleh mengakses kamera atau mikrofon pengguna dengan cepat dan mudah. Firefox juga dilengkapi dengan kotak peralatan pembangun yang menyediakan akses pantas kepada alatan dalam sebuah tetingkap dan memudahkan pembangun untuk mengingati cara bertukar-tukar alatan. Canvas Blend Modes pula membolehkan para pembangun untuk menentukan cara Canvas melukis imej sedia ada untuk mewujudkan kesan visual yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut:

 

Firefox Desktop 21 Beta:

Firefox Beta Menyertakan Perubahan untuk Pilihan “Do Not Tack”

Firefox Beta yang terbaru untuk Windows, Mac dan Linux telah sedia untuk dimuat turun dan diuji.

  • Lebih Banyak Pilihan Do Not Track: Do Not Track disertai 3 pilihan iaitu “Do Track,” “Do Not Track” dan “no preference” untuk memberikan pengguna lebih pilihan sama ada untuk opt-in atau opt-out semasa sesi penjejakan dalam talian. Untuk mengakses pilihan Do Not Track dan menetapkan tetapan anda, klik pada “preferences” kemudian pilih “privacy.”
  • Mengembalikan thumbnail pada muka tab baru: Jika anda menutup tab thumbnail pada muka tab baru, beberapa pilihan akan ditawarkan sama ada anda ingin “undo” atau kembalikan thumbnail anda.

Untuk maklumat lanjut:

Firefox untuk Android Beta Dilengkapi dengan Fon Sumber Terbuka dan Penambahbaikan HTML5

Kemaskini bagi Firefox untuk Android Beta kini sudah sedia untuk dimuat turun dan diuji. Keluaran kali ini merangkumi suaian, fon sumber terbuka, penambahbaikan HTML5 dan sokongan bagi bahasa baru.

  • Fon Suaian Sumber Terbuka: Firefox untuk Android Beta diperbaharui dengan suaian, fon sumber terbuka seperti Charis dan Open Sans yang akan menggantikan fon sedia ada Android untuk pengalaman pembacaan yang lebih jelas dan lebih menarik.
  • Optimisasi Keserasian HTML5: Firefox untuk Android Beta merangkumi pembaikan untuk keserasian HTML5, seperti yang diuji pada HTML5test.org iaitu ujian keserasian HTML5 yang terkemuka. Firefox telah berjaya mendapat markah 411 dan 14 mata bonus (daripada 500 secara keseluruhan)
  • Sokongan Bahasa Tambahan: Firefox untuk Android Beta menyokong bahasa Turki, membawakan pengalaman Web yang luar biasa kepada lebih ramai pengguna di seantero dunia.

Untuk maklumat lanjut:

  • Muat turun Firefox untuk Android Beta
  • Nota Pengeluaran bagi Firefox untuk Android Beta

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment