Firefox untuk Android Dengan Fon Sumber Terbuka dan Peningkatan HTML5

Firefox untuk Android hadir dengan fon sumber terbuka dan tersuai, Charis dan Open Sans untuk menjadikan web lebih cantik dan lebih mudah dibaca pada skrin kecil anda. Web hampir sepenuhnya terdiri daripada teks dan kadangkala membaca teks boleh menjadi sukar pada telefon kecil dan skrin tablet. Fon baru ini akan menggantikan tiga fon lalai Android yang sedia ada untuk menjadikan pengalaman pembacaan di Web lebih jelas dengan visual yang lebih menarik. Perbezaannya adalah halus, tetapi cantik.

Firefox untuk Android disertakan dengan peningkatan keserasian HTML5 sebagaimana yang diuji pada HTML5test.com, peneraju industri ujian pematuhan HTML5. Firefox memperoleh skor 421 dan 14 mata bonus (daripada keseluruhan 500).

Terima kasih kepada Mozillians yang berusaha gigih dalam menyumbang untuk membina pelayar mudah alih terbaik, Firefox untuk Android kini memperoleh rating purata 4.5 bintang dalam Gedung Google Play. Whoo-hoo!

Untuk maklumat lanjut:

Muat turun Firefox untuk Android
Nota Keluaran Firefox untuk Android

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment