Kafe bersama Mozilla di Kuala Lumpur #MozCafeKL

Peminat Mozilla Bergembira Bersama

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kami telah berjaya menganjurkan satu majlis yang pertama sekali diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Majlis tersebut dinamakan #MozCafeKL.

Ianya dihadiri oleh pengguna, peminat, sukarelawan dan sukarewati Mozilla yang berada di kawasan yang berhampiran.

Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ketua Pengerusi Mozilla Malaysia, iaitu Saudara Mohd Syafiq bin Mazli dan dituruti dengan agenda-agenda yang seterusnya.

Antara agenda yang mendapat sambutan adalah ”lightning talk’ di mana peserta bercerita apa sahaja berkaitan dunia web dan sebagainya. Sebagai ‘token of appreciation’, mereka dihadiahkan sehelai T-Shirt Mozilla yang tiada dalam pasaran terbuka. Ianya hanya mereka-mereka yang bertuah lagi berani. :)

Antara yang menarik semasa ‘lightning talk’ adalah daripada saudara Adnan di mana beliau menawarkan diri untuk menjadi tutor Add-On Development and Security. Sesuatu idea yang baik untuk menganjurkan bengkel tersebut di masa akan datang. Insyallah, sedikit masa lagi.

Seterusnya adalah sessi bergambar beramai-ramai, di mana peserta bergembira bersama menikmati suasana berMozilla bersama.

Anda boleh menikmati semua gambar-gambar di pautan ini. Gambar-gambar hasil dari sentuhan kreatif saudara Neo Vilson Wong dan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kepada saudara Aidid yang telah memilih The Coffee Bean, Tea Leaf sebagai tempat perjumpaan kali ini.

Akhir kata, selamat berMozilla. Satu Suara, Satu Mozilla.

No responses yet

Post a comment

  1. Ryuzaki Lawlet wrote on ::

    Hope tahun depan ada lagi… :)

    Reply

Post Your Comment