Mozilla Extended Support Release (ESR)

Sekiranya anda menggunakan produk Mozilla di organisasi anda, dan proses naik taraf produk Mozilla yang kerap tidak seiring dengan pembangunan / naik taraf aplikasi organisasi anda, kini terdapat penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Mempekenalkan Mozilla Extended Support Release (ESR). Ia merupakan projek komuniti yang membolehkan pengguna di taraf organisasi mendapat manfaat dari kelajuan, fleksibiliti dan keselamatan produk Mozilla sambil terus mendapat sokongan (pada versi sedia ada) yang mereka inginkan (tanpa perlu menaik taraf ke produk Mozilla ke versi number yang seterusnya).

Kitaran pelepasan Firefox ESR

Extended Support Release buat masa ini menyokong aplikasi Firefox dan Thunderbird.

Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi:

  1. Firefox Extended Support Release
  2. Thunderbird Extended Support Release

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment