Mozilla L10n Hackathon Asia 2016

Pada 27 dan 28 Ogos 2016, Mozilla dengan kerjasama Komuniti Mozilla Malaysia telah menganjurkan sebuah acara yang dipanggil Mozilla L10n Hackathon Asia 2016. Acara ini merupakan acara tahunan Mozilla yang mengumpulkan para penterjemah dari sesebuah rantau untuk berkongsi perkembangan semasa berkaitan lokalisasi di Mozilla di samping berbincang mengenai cara untuk memajukan usaha terjemahan ke hadapan.

Pada tahun ini Mozilla telah menjemput penterjemah-penterjemah dari negara Asia seperti Malaysia, Jepun, Korea, Taiwan, Kemboja dan Filipina untuk berkumpul bagi menyertai acara yang bertempat di Kuala Lumpur selama dua hari ini.

28657473983_5ed6d71b5c_o

29244450616_2871e4edf4_o

Antara intipati yang dikongsikan oleh Ketua Lokalisasi Mozilla, Jeff Beatty semasa acara ini berlangsung adalah berkaitan perkembangan L10n susulan dari acara MozLondon yang berlangsung pada Jun 2016. Jika sebelum ini para penterjemah menggunakan Pootle untuk menterjemah pelbagai produk Mozilla (Firefox Aurora, Firefox untuk Android dan iOS, dll.) dari Bahasa Inggeris ke bahasa ibunda, alat terjemahan Pootle ini telahpun dipindahkan ke Pontoon.

Antara ciri-ciri Pontoon yang menarik adalah ia memudahkan pengguna untuk memahami konteks ayat dengan lebih baik dan membolehkan pengguna melihat pratonton hasil terjemahan mereka secara terus dalam suasana sebenar ayat tersebut.

Antara muka Pontoon

Antara muka Pontoon

Selain itu, Jeff juga memaklumkan bahawa penterjemah kini tidak lagi dikehendaki untuk menutup (sign off) changeset untuk menghantar kemas kini L10n bagi hasil kerja mereka. Hal ini akan dapat mengurangkan komitmen penterjemah bagi tugasan yang agak renyah. Turut dibincangan juga adalah kualiti hasil terjemahan yang boleh diguna pakai dan sumber rujukan bahasa yang sesuai bagi sesuatu bahasa.

29263251756_62fc55a633_o

28657331983_2fd53c7af9_oAntara aktiviti yang turut dijalankan adalah aktiviti berkelompok mengikut bahasa, yang memberi peluang kepada komuniti Mozilla Malaysia untuk memperkenalkan penterjemah baharu di kalangan ahli komuniti dan berbincang mengenai strategi dan menyelesaikan beberapa isu teknikal demi memastikan kelangsungan usaha penterjemahan Bahasa Melayu. Antara strategi yang dirancang adalah seperti berikut:

  • mengemaskini dokumen panduan gaya penulisan
  • mengemaskini halaman wiki kumpulan
  • menyelesaikan kerja-kerja penterjemahan dan pengujian yang masih belum disempurnakan
  • merancang pertemuan untuk hackathon tempatan yang seterusnya pada masa hadapan.

29188799962_5b7773a734_o

Peserta #mozasianl10n2016

Peserta #mozasianl10n2016

Durian!

Durian!

Komuniti Mozilla Malaysia

Komuniti Mozilla Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan L10n Bahasa Melayu dan yakin dapat memberikan sumbangan yang berkualiti, sila lawati laman wiki ini!

Kredit foto: Mohd Nasrun (Ahli Komuniti Mozilla Malaysia)

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment