Mozilla Prism – Nafas yang Terhenti Sebelum Ajalnya

Mozilla Prism [1][2] adalah projek integrasi aplikasi web dengan desktop, bagi membolehkan aplikasi web dilancarkan dari desktop dan boleh dikonfigurasikan tanpa pelayar web (browser).

Mozilla Prism dilancarkan dan diperkenalkan seawal Oktober 2007 dan ketika itu Prism sememangnya menampakkan potensi untuk menjadi peneraju “native app” untuk aplikasi web. Prism mendapat sokongan komuniti dan beberapa “bundle” (secara rasminya 8 telah dimuat naik) turut dibangunkan bagi menyokong projek ini.

Mozilla Prisma yang diubahsuai untuk aplikasi web Mozila Malaysia

Sedang dunia semakin menghampiri era “native app” bagi aplikasi web, projek Mozilla Prism telahpun diishriharkan tidak aktif (mati), sekitar pada November 2010. Lebih menyedihkan, 2 projek lain yang merupakan cabang kepada projek Prism, iaitu WebRunner [3] dan Chromeless [4], turut telah diishtiharkan tidak aktif.

Apakah antara sumbangan terbesar projek ini sehingga tercetus idea untuk karangan ini di muat naik ke blog Mozilla Malaysia pada hari ini? Bagi pembangun aplikasi yang berasaskan Chrome App [5] mahupun WebView bagi Android [6], iOS [7], QML (QT) [8] dan lain-lain, semestinya anda sedang tersenyum ketika ini :)

Terima kasih

Rujukan:

  1. https://developer.mozilla.org/en/Prism
  2. https://wiki.mozilla.org/Prism
  3. http://www.salsitasoft.com/webrunner/
  4. https://developer.mozilla.org/en/Chromeless
  5. https://support.google.com/chrome/bin/answer.py?hl=en&answer=1050586
  6. https://developer.android.com/guide/webapps/webview.html
  7. https://developer.apple.com/library/ios/#documentation/uikit/reference/UIWebView_Class/Reference/Reference.html
  8. http://doc.qt.nokia.com/4.7-snapshot/qml-webview.html

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment