Pemenang Pusingan Pertama Anugerah Penyertaan Awal Firefox Flicks 2013

Kami gembira untuk mengumumkan pemenang bagi pusingan pertama Anugerah Penyertaan Awal Firefox Flicks 2013. Sila lihat Flicks pemenang untuk pusingan kali ini dan kenali pasukan yang terlibat.

Tempat Pertama - Huba-Huba – Indonesia

Pemenang tempat pertama untuk pusingan pertama Anugerah Penyertaan Awal berasal dari Indonesia dan dicipta oleh Budiarmanto Setyo, Bagus Eko, Muhammad Zainal, Hariz Ghifari, Edo Pratama, Randy Albar, Ilham Muhammad, Farhan Abdilla dan Alfrendha.

Diilhamkan dari perkongsian semangat mereka untuk mendaki dan mengembara, Setyo dan pasukannya mengambil keputusan untuk membuat penggambaran Firefox Flick di dalam hutan. Walaubagaimanapun, penggambaran di lokasi tersebut ada cabarannya yang tersendiri.

“Kamera kami menjadi terlalu panas kerana cuaca,” kata Setyo. “Dan ayam … ia hampir mati kerana kepanasan.” Syukurlah, kamera dan pelakon (manusia dan ayam) dapat bertahan.

Pasukan Huba-Huba terinspirasi untuk membuat video ini untuk membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Nasihat Huba-Huba bagi mereka yang masih berkira-kira untuk menyertai Flicks pada tahun ini: “Jangan takut untuk merealisasikan impian anda. Cuba fikirkan sesuatu yang gila-gila dan jadikan ia kenyataan.” tambah Setyo.

Tempat ke-2 – The Ripple Effect (Kesan Riak) – Kenya

Geoffrey Wanyeki Mwangi adalah seorang ahli sinematograpi bebas yang belajar sendiri dan juga seorang pembikin filem. Semasa beliau sedang bekerja pada suatu lewat malam di sebuah agensi reka bentuk di pinggir Nairobi, Mwangi tergerak untuk menjadi sebahagian daripada Firefox Flicks. “Seorang teman berkongsi pautan Firefox Flicks di pejabat,” kata Mwangi. “Perkara seterusnya yang saya katakan adalah, ‘Cabaran diterima!’”

Penggambaran pada petang Sabtu dengan kawan-kawan dan rakan sekerjanya, Owen, Felix, Cliff dan Oliver, The Ripple Effect adalah mengenai keghairahan Mwangi terhadap peranti mudah alih dan peluang yang dibawa ia untuk Kenya.

“Hal ini membawa maksud yang baik bagi kita semua kerana komuniti mudah alih di Kenya adalah kukuh dan pelbagai,” kata Mwangi. “Firefox OS adalah suatu platform baru yang dinamik bagi komuniti ini untuk meneroka dan menggunakan kuasa mudah alih dengan cara yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Hal ini memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan dan memperbaiki kehidupan kita dan orang-orang di sekeliling kita, justeru nama The Ripple Effect, adalah rantaian kejayaan seperti yang dicapai oleh kita semua.”

Bagi pembikin filem lain yang ingin mengambil bahagian dalam Firefox Flicks, Mwangi mencadangkan, “Lakukannya! Jadi kreatif, praktikal dan berseronoklah dalam membikin Flick anda.”

Tempat ke-3 – Anyone, Anywhere (Sesiapa Sahaja, Di Mana-mana) – Taiwan

Anyone, Anywhere telah dicipta oleh Chia, Cheng-pin dari Taiwan. Pada masa ini, Chia adalah seorang pelajar siswazah di Jabatan Linguistik di Universiti Kebangsaan Chengchi.

Pertama kali Chia mendengar mengenai pertandingan ini, dia tahu yang dia ingin bersedia untuk salah satu Anugerah Penyertaan Awal. Hal ini menjadikan masa sebagai salah satu cabaran terbesar beliau untuk melakukan penggambaran.

“Saya hanya mempunyai 1 minggu untuk penggambaran kerana Tahun Baru Cina semakin menghampiri dan krew akan kembali ke kampung halaman mereka,” kata Chia. “Krew adalah suatu gabungan yang kebanyakkannya adalah Duta Pelajar Firefox tetapi tidak ada seorang pun di antara kami yang major dalam filem ataupun disiplin yang berkaitan.”

Nasihat Chia untuk pasukan lain yang mahu membuat Flicks adalah mudah. “Mengambil bahagian dalam Flicks bukanlah mengenai betapa baiknya sesuatu klip itu boleh dihasilkan. Ia adalah mengenai menyatakan nilai teras Firefox dengan jelas.”

Tahniah kepada semua kumpulan pemenang untuk Anugerah Penyertaan Awal bagi pusingan kali ini!

Ingin menyertai sebahagian daripada penyertaan awal, memenangi $1000 dan mempertontonkan Flick anda secara automatik kepada juri? Tarikh tutup yang seterusnya untuk penyertaan awal adalah pada 29 Mei untuk pusingan 2 dan 3 Julai untuk pusingan 3. Tarikh tutup yang terakhir untuk penyertaan ialah pada 31 Julai 2013. Dapatkan maklumat lanjut di sini: https://firefoxflicks.mozilla.org/en-US/.

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment