Penampilan Firefox OS di Kongress Mudah Alih Dunia 2014

Satu-satunya sistem operasi telefon pintar bebas untuk dilancarkan di beberapa negara yang bakal menunjukkan generasi platform akan datang berasaskan HTML5.

Kawasan Pameran Mozilla di Kongress Mudah Alih Dunia 2014

San Francisco , 18 Februari 2014 – Mozilla dengan sukacitanya mengesahkan bahawa ia akan menghadiri, mempamerkan serta bercakap di Kongres Dunia Mudah Alih 2014 (Mobile World Congress 2014 – MWC2014) tahun ini di Barcelona. Tahun ini, Firefox OS akan mengambil tempat di Dewan 3 Fira Gran Via, di samping pengendali dan pengeluar peranti terkemuka.

Kelebihan Firefox OS ialah ia dibina dengan piawaian yang bercirikan web terbuka. Dengan ini, ia telah menerima sokongan industri yang ketara sejak ia diperkenalkan di MWC 2013. Peranti tersebut telah pantas dipasarkan di Amerika Latin dan turut dijual di 14 pasaran termasuk sembilan di Eropah, dengan empat pengendali dan tiga pengeluar telefon bimbit. Fleksibiliti peranti tersebut turut membolehkan penyesuaian mudah untuk memenuhi keperluan unik pelanggan setempat yang bersedia untuk bertukar dari menggunakan telefon ciri kepada telefon pintar.

Berikut adalah pembangunan bagi produk Mozilla yang bakal dipamerkan di Kongress itu nanti:

Firefox Marketplace: Persekitaran terbuka menggabungkan aplikasi peringkat atasan dan hyper- tempatan yang memanfaatkan skala web untuk pengguna dan pemaju aplikasi.

Firefox untuk Android: Satu penyelesaian yang disesuaikan untuk integrasi dengan perkhidmatan pihak lain / pihak ketiga, pengedaran oleh rakan rasmi, dan juga menguhubungkan pengguna serta peranti lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mozilla di Kongress tersebut, sila layari http://www.mozilla.org/mwc

Maklumat dari pihak Mozilla di Kongress tersebut akan disebarkan secara langsung dari kawasan Kongress tersebut di Barcelona melalui akaun platform Twitter @Firefox, @Firefox_ES, dan juga @FirefoxBrasil dengan menggunakan tag #FirefoxOS, #MWC14 dan #MWC. Pihak Mozilla Malaysia akan turut menyebarkan maklumat tersebut kepada semua di Malaysia melalui akaun @MozillaMY.

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment