Ralat di Private Browsing Mode

Private Browsing Mode di dalam Firefox atau turut dikenali dengan layaran tanpa dikesan kerap digunakan terutamanya bagi mereka fobia dalam menjalankan transaksi online shopping atau banking. Private Browsing Mode membolehkan segala cache dan fail sementara, disimpan hanya di dalam memory dan tidak disimpan dalam bentuk fail di dalam cakera keras.

Namun baru-baru ini terdapat pengguna yang melaporkan ralat yang beliau temui di dalam Private Browsing Mode untuk Firefox 15. Ralat ini mengakibatkan Private Browsing Mode tidak berfungsi sebaiknya. Hal ini telah dikenalpasti oleh pembangun Firefox dan update telah dikeluarkan untuk menangani permasalah ini. Oleh itu, update Firefox anda ke versi terkini iaitu 15.0.1

Terima kasih

No responses yet

Post a comment

Post Your Comment